Monday, May 15, 2006

Salam perkenalan

Korang pernah tak tercari-cari video klip dalam internet?

Aku?

Selalu..sangat.

Menonton video, membeli vcd dan mengedit video adalah hobi aku. Ramai kawan-kawan aku kata aku ni membuang masa. Tapi salahke kalau kita buat benda yang kita suka? Tak salah selagi apa tak melanggar syariat kan.

Kenapa aku buat blog ni? Kenapa aku tak simpan semua video dalam satu website khas. Ada dua sebab utama.

Satu, aku takde masa sangat nak update website, kena guna sesikit coding. Weblog senang, sekadar letak entri baru sahaja.

Dua, blog percuma. Aku ni cuma sekadar pengguna internet biasa, malas lah nak buat segala payment melalui internet ni.Tak semua kad credit dia terima.

Kenapa aku guna Bahasa melayu sebagai medium?

Walaupun aku ni cikgu dan mengajar English tapi English aku takle bagus sangat. Aku lebih mudah mengekspresi diri aku dengan bahasa ibunda aku sendiri. Lagipun kalau kita bangsa melayu tak guna bahasa melayu ni, siapa lagi? Mulanya aku dilemma gak, nak guna English atau b.melayu. Biasalah English akan lebih banyak pelawat (yeke?). Lagipun aku rasa tak ramai orang melayu yang letak informasi kat internet guna bahasa melayu…..maka pupuslah pepatah Hang Tuah “Takkan melayu hilang didunia”.

Mungkin akan slow sikit, sebab aku guna internet kat sekolah dan ianya terhad pada masa rehatku sahaja. Tapi takpelah…benda yang sedikit, jika dibuat sungguh-sungguh akan menjadi jugakan.

Oleh kerana mengedit video menjadi kegilaan aku, jadi ada beberapa aplikasi mudah yang aku guna disini…biasalah free software menjadi keutamaan. Gila menonton video juga menyebabkan aku suka mengutuk dan mengkritik filem yang aku tonton, ada juga filem yang selalu tersimpan kemas dalam ingatan dan menjadi azimat dalam hidupku. Jadi blog ni akan ada 3 link utama.

Koleksi video klip.

  • Review filem/drama/siri.
  • Review software yang digunakan.


Koleksi video aku pula terbahagi pada bahagian berikut:

  • Video Klip lagu-lagu melayu
  • Video klip lagu-lagu kegemaran (kegemaran akulah!!)
  • Video klip dari filem-filem
  • Video-video picisan (video-video pendek dari koleksi pribadi)
Blog ini juga menyediakan format video bagi mobile phone, biasanya compatible dengan format 3gp.